Islam (
Bahasa Arab:
الإسلام; al-'islām (bantuan·maklumat); disebut:
[ɪs.ˈlaːm]) (
aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah
agama samawi yang terkandung dalam
al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam
Allah (
Arab:
الله,
Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif
nabi terakhir
Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan
Arab abad ke-7. Perkataan
Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.Seorang penganut Islam dikenali sebagai
Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".
Muslim percaya bahawa Allah itu
Esa dan
tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran
Nabi Ibrahim a.s.,
Nabi Musa a.s.,
Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa
agama Yahudi dan
Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.
Amalan keagamaan Islam termasuklah
Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.Selain itu, terdapat
syariat Islam (
شريعة,
syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti
hukum pemakanan dan
perbankan kepada
jihad dan
zakat.
Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar,
Sunah dan
Syiah. Islam adalah agama paling berpengaruh di
Afrika dan
Timur Tengah, serta di sebahagian besar
Asia. Komuniti besar juga ditemui di
China,
Semenanjung Balkan di
Eropah Timur dan
Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti
Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di
negara-negara Arab,25% di
Asia Selatan dan 13% di
Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi. Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam
agama kedua terbesar di dunia, selepas
Kristian, dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia.
[14][15][16][17][18]
Etimologi dan maksud
Perkataan
Islam merupakan kata nama kerjaan berasal dari kata akar tiga konsonan
s-l-m, dan diterbitkan dari
kata kerja bahasa Arab Aslama, yang bermaksud "untuk merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)."Satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama ialah
salam (سلام) yang bermaksud 'sejahtera'. Dengan demikian, Islam bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan Muslim harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan
syirik. Perkataan ini kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam
al-Quran. Dalam sesetengah
ayat, kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan: "Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberi panduan kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam."Ayat lain menghubung
islām dan
dīn (lazimnya diterjemahkan sebagai "agama" atau "cara hidup"): "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu (
dīn) dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu." Manakala ada pula yang menggambarkan Islam sebagai perbuatan kembali kepada Allah—lebih dari hanya penyataan pengesahan keimanan.
Rukun Iman
Rencana utama: Aqidah dan Iman
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Para ulama menetapkan setiap Muslim mestilah percaya kepada enam perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai
Rukun Iman, iaitu percaya pada Allah,
pesuruhNya,
malaikatNya,
wahyuNya,
Hari Kiamat, dan pada
qada dan qadar.
Muslim percaya bahawa Allah
mewahyukan pesanan terakhirNya kepada manusia melalui Nabi Islam Muhammad s.a.w. dan melalui
malaikat Jibrail. Bagi umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabiullah terakhir dan kitab al-Qur'an merupakan wahyu yang baginda terima lebih dari dua dekad.Muslim percaya bahawa para nabi adalah manusia dan bukan tuhan/dewa, meskipun mereka mampu melakukan mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka. Nabi-nabi dianggap menjadi yang paling hampir sempurna dari semua manusia, dan uniknya merupakan penerima wahyu ketuhanan-sama ada terus dari Allah atau melalui perantaraan malaikat. Al-Qur'an menerangkan nama-nama berbagai tokoh yang dianggap
nabi dalam Islam, termasuk
Nabi Adam a.s.,
Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s.,
Nabi Musa a.s. dan
Nabi Isa a.s.Teologi Islam mengatakan bahawa semua pesuruh Allah sejak Nabi Adam a.s. memberi perutusan yang sama - Islam - penundukan kepada Allah. Islam dihuraikan dalam al-Qur'an sebagai "sifat primordial bagaimana Allah mencipta manusia", dan Al-Qur'an menyatakan bahawa nama
Muslim telah diberikan oleh Nabi Ibrahim a.s.
Kaligrafi
Allah dalam bahasa Arab
Konsep teologi asas Islam ialah
tauhid-kepercayaan bahawa terdapat hanya satu
Tuhan. Istilah Arab untuk Tuhan ialah
Allāh; kebanyakan ilmuwan percaya ia diperoleh daripada penyingkatan kata
al- (yang/itu) dan
ʾilāh (tuhan), bermaksud "Tuhan" (
al-ilāh), namun yang lain menjejak asal usulnya dari kata Arami
Alāhā.Bangsa bukan Arab mungkin menggunakan nama lain untuk Allah, seperti "Tanrı" dalam
bahasa Turki atau "Khodā" dalam
Parsi. Kepercayaan kepada Allah juga merupakan sebahagian daripada
Rukun Islam, di mana tauhid diluahkan dalam
syahadah (pengakuan), dengan mengisytiharkan bahawa:
"Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah."
Dalam teologi tradisi Islam, Allah itu di luar pemahaman manusia; Muslim tidak perlu membayangkan Allah, cuma memuja dan sujud padaNya sebagai pencipta alam. Mereka mempercayai
tujuan kewujudan ialah untuk
menyembah Tuhan.Qur'an kadangkala memerikan Allah dengan nama atau sifat lain, seperti
al-Rahman, bermakna "Maha Pengasih" dan
al-Rahim, bermakna "Maha Penyayang" (lihat
Asmaul Husna). Allah dihuraikan dalam surah 112 al-Qur'an sebagai:
"Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah, Yang Kekal, Mutlak; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." (112:1-4)
Dengan itu Muslim menolak doktrin
Tritunggal Kristian, dan membandingkannya kepada politeisme.
Kitab
Rencana utama: Kitab dan Al-Qur'an
Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa kitab suci yang diturunkan Allah kepada nabi-nabinya, dengan
al-Quran sebagai kitab terakhir. Mereka juga mempercayai kandungan kitab-kitab sebelum al-Quran,
Taurat dan
Injil, telah
dipesongkan—sama ada dari segi tafsiran, teks, atau keduanya. Muslim menganggap al-Qur'an sebagai kata sebenar Allah; ia adalah pusat
teks keagamaan Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab.Muslim percaya bahawa ayat Al-Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah melalui malaikat
Jibrail pada banyak peristiwa antara 610 dan kewafatan baginda pada 8 Jun
632. Al-Qur'an dilaporkan telah ditulis oleh
sahabat Nabi semasa baginda masih hidup, namun cara utama penyampaian ialah melalui lisan. Ia telah disusun pada zaman
khalifah pertama
Abu Bakar as-Siddiq, dan telah dipiawaikan di bawah pentadbiran khalifah ketiga
Uthman bin Affan.
Al-Qur'an dibahagikan kepada 114
surah, atau bab, yang apabila digabungkan, mengandungi 6,236
ayat. Surah lebih awal secara kronologinya, diturunkan di Makkah, menekankan topik etika dan kerohanian. Surah Madaniyyah berikutnya kebanyakannya membincangkan isu sosial dan moral yang berkaitan dengan masyarakat Muslim.Al-Qur'an lebih menekankan panduan moral berbanding ajaran undang-undang, dan dianggap "buku sumber prinsip dan nilai Islam".Pakar undang-undang Muslim merujuk
hadith, atau rekod bertulis kehidupan Nabi Muhammad s.a.w., sebagai tambahan kepada al-Qur'an dan untuk membantu menafsirkannya. Sains ulasan dan takwil al-Qur'an dikenali sebagai
tafsir.
Perkataan
Qur'an bermaksud "pengucapan". Apabila Muslim bertutur secara abstrak mengenai al-Qur'an, mereka lazimnya memaksudkan kitab suci yang dibaca dalam bahasa Arab berbanding karya bercetak atau sebarang terjemahannya. Bagi Muslim, al-Qur'an hanya sempurna seperti diturunkan dalam bahasa Arab asli; terjemahan adalah semestinya kurang tepat atas sebab perbezaan bahasa, kesilapan dari penterjemah, dan kemustahilan mengekalkan gaya asal yang diilhamkan. Terjemahan oleh itu hanya dianggap sebagai ulasan terhadap al-Qur'an, atau "tafsiran maksudnya", bukan seperti al-Qur'an itu sendiri.
Malaikat
Kepercayaan kepada malaikat merupakan satu lagi asas keimanan Islam. Kata bahasa Arab untuk malaikat (
malak) bermaksud "utusan", seperti yang setara dengannya dalam Ibrani (
malakh) dan Greek (
angelos). Menurut Al-Qur'an, malaikat tidak memiliki
tekad bebas, dan menyembah Allah dengan kepatuhan sempurna. Tugas malaikat termasuk menyampaikan wahyu daripada Allah, mengagungkan Allah, mencatat setiap perbuatan manusia, dan mengambil jiwa manusia di akhir hayatnya. Mereka juga difikirkan untuk menjadi perantara bagi pihak manusia. Al-Qur'an menghuraikan malaikat sebagai "utusan dengan kepak—dua, atau tiga, atau empat (pasang): Dia [Allah] menambahkan Makhluk mengikut kemahuanNya…"
Nabi dan Rasul
Muslim mengakui para nabi (
Arab:
نبي) dan rasul (
رسول) sebagai manusia yang dipilih Tuhan untuk menjadi utusanNya. Menurut Qur'an,semua nabi merupakan manusia dan bukan tuhan, walaupun sesetengah mereka mendapat
mukjizat yang membuktikan kenabian mereka. Teologi Islam menyatakan semua
rasul menyampaikan pesanan Islam—penyerahan kepada kehendak Tuhan. Al-Qur'an menyebut nama beberapa orang yang dianggap nabi, termasuk
Adam,
Nuh,
Ibrahim,
Musa dan
Isa. Muslim juga percaya bahawa Allah menghantar
Nabi Muhammad s.a.w. (
Penutup segala Nabi) untuk menyebarkan pesanan ketuhanan ke seluruh alam (untuk menyimpulkan dan memuktamadkan kata Tuhan), sedangkan rasul-rasul sebelum baginda dihantar kepada puak atau kaum tertentu sahaja.
Dalam Islam, contoh "normatif" kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. dipanggil
Sunnah (harfiahnya "kebiasaan"). Contoh ini dipelihara dalam tradisi yang dikenali sebagai
hadith ("laporan"), iaitu rekod kata, perbuatan, dan perwatakan peribadi baginda. Muslim digalakkan untuk mencontohi perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan harian mereka, dan sunnah dilihat sebagai penting kepada panduan tafsiran al-Qur'an.
Kebangkitan dan pengadilan
Rencana utama: Hari Kiamat
Kepercayaan pada "Hari Kebangkitan",
Yawm al-Qiyāmah (juga dikenali sebagai
yawm ad-dīn, "Hari Pengadilan" dan
as-sā`a, "Saat Terakhir") juga penting pada Muslim. Mereka percaya bahawa masa
Qiyāmah telah ditentukan oleh Allah tetapi tidak diketahui oleh manusia. Ujian dan
kesengsaraan yang mendahului dan semasa Kiamat dihuraikan dalam al-Qur'an dan
hadith, dan juga dalam komentar dari
ulama. Al-Qur'an menekankan
kebangkitan jasad, suatu pemecahan dari kefahaman
Arab pra-Islam tentang kematian. Ia menyatakan bahawa kebangkitan akan diikuti oleh perhimpunan manusia, dan pengadilan mereka oleh Allah.
Al-Qur'an menyenaraikan beberapa dosa yang boleh membawa seseorang ke neraka, seperti kufur,
riba dan ketidakjujuran. Muslim melihat syurga (
jannah) sebagai tempat keriangan dan kebahagiaan, dengan rujukan al-Qur'an menghuraikan sifatnya dan keseronokan fizikal yang akan datang. Terdapat juga rujukan kepada
ridwān (kegembiraan dan senang hati).Tradisi mistik dalam Islam meletakkan keseronokan kesyurgaan ini dalam konteks kesedaran yang amat terhadap Allah.
Rencana utama: Qada dan qadar
Selaras dengan kepercayaan Islam dalam
takdir, atau ketentuan tuhan (
al-qadā wa'l-qadar), Allah mempunyai pengetahuan dan kawalan penuh ke atas semua yang berlaku. Ini dijelaskan dalam ayat al-Qur'an seperti "Katakan: 'Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami'…" Bagi Muslim, segala di dunia yang berlaku, baik atau jahat, telah ditentukan dan tiada apa yang boleh berlaku kecuali atas izin Allah. Menurut ahli teologi Muslim, walaupun peristiwa telah ditentukan, manusia memiliki tekad bebas dan dia boleh memilih antara betul atau salah, dan demikian bertanggungjawab atas perbuatannya. Menurut tradisi Islam, semua yang telah ditakdirkan oleh Allah ditulis dalam
al-Luh al-Mahfūz, "Batu Suratan Terpelihara".
Kewajipan dan amalan
Lima Rukun
Rencana utama: Rukun Islam
Amalan
Haji termasuk berjalan tujuh kali mengelilingi
Kaabah (tawaf). Muslim juga
bersolat menghadap ke sini.
Lima
Rukun Islam (
Arab:
اركان الدين) adalah lima amalan penting dalam Islam Sunah, dan lima konsep asas penerimaan agama bagi Islam Syiah.
Rukun Islam bagi Muslim Sunnah ialah:
- Syahadah (الشهادة), iaitu fahaman asas ajaran Islam:
اشهد ان لا اله الا الله اشهد ان محمدا رسول الله
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah
Perjanjian ini adalah asas untuk semua kepercayaan dan amalan lain dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah ini dalam solat, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk mengucap kalimah ini.
- Solat (صلاة), atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. Setiap solat perlu mengadap Kaabah di Makkah. Di kebanyakan negara Muslim, peringatan yang dipanggil Azan disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai.
- Puasa (صوم), iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.
- Zakat (زكاة), atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu, berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam.
- Haji (حج), iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. Setiap Muslim yang mampu (dari segi badan dan harta) wajib menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.
Mengikut Muslim Syiah pula, lima asas Islam ialah:
- Tauhid, Tuhan itu satu dan unik.
- Keadilan, konsep kebenaran moral berasaskan etika, keadilan dan kesaksamaan, bersama dengan hukuman jika melanggarinya.
- Hari Kiamat, penilaian terakhir Tuhan terhadap manusia.
- Kenabian, cara Tuhan menghantar utusan, atau nabi, untuk membimbing manusia.
- Imamah, institusi yang mewarisi institusi kenabian.
Lima rukun asas ini diikuti oleh sepuluh rukun subsidiari:
1.Solat;
2.Puasa;
3.Haji;
4.Zakat;
5.Jihad;
6.Amar ma'ruf;
7.Nahi munkar;
8.Satu Perlima;
9.Tawalla;
10.Tabarra.